Perkhidmatan Rawatan Bekam, Refleksologi dan Kiropraktik,Rangkaian produk kesihatan berasaskan herba serta perunding Takaful-Keluarga.
Khamis, 11 Mac 2010
Rabu, 10 Mac 2010
Rawatan Berbekam dan Refleks-Kiro
"Sebaik-baik perawatan ialah dengan berbekam" - Hadis riwayat Bukhari
Bekam adalah istilah di dalam bahasa melayu dengan makna 'Buang darah' atau 'Buang angin'. Dalam bahasa Inggeris di panggil 'Cupping' manakala dalam bahasa arab di panggil 'Al-Hijamah'. Caranya dengan mengeluarkan kumbahan darah atau darah kotor yang mengandungi toksid yang boleh merosakkan badan dari permukaan kulit.
Toksid adalah endapan racun (zat kimia sintetik) yang tidak boleh di tapis oleh tubuh dan ia boleh dikatakan ada pada setiap tubuh manusia.
Punca toksid :- berasal dari pencemaran air dan udara
- zat pewarna dalam makanan,
- perisa makanan
- pengawet
- penaik makanan
- sayuran yang disembur racun
- binatang ternakan yang dicucu vaksin
- gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok, menagih dadah dan mengamalkan ubat-
ubatan kimia (sintetik) yang mengandungi dadah.
Bekam sangat sesuai - membuang toksid, memperbaiki sistem imuniti seseorang dan menyembuhkan penyakit.. Insya Allah.
Langgan:
Catatan (Atom)