Rabu, 10 Mac 2010

Rawatan Berbekam dan Refleks-Kiro

"Sebaik-baik perawatan ialah dengan berbekam" - Hadis riwayat Bukhari

      Bekam adalah salah atu cara perubatan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat baginda s.a.w mengiktiraf berbekam ini sebagai perubatan yang paling baik samada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis.

      Bekam adalah istilah di dalam bahasa melayu dengan makna 'Buang darah' atau 'Buang angin'. Dalam bahasa Inggeris di panggil 'Cupping' manakala dalam bahasa arab di panggil 'Al-Hijamah'. Caranya dengan mengeluarkan kumbahan darah atau darah kotor yang mengandungi toksid yang boleh merosakkan badan dari permukaan kulit.

       Toksid adalah endapan racun (zat kimia sintetik) yang tidak boleh di tapis oleh tubuh dan ia boleh dikatakan ada pada setiap tubuh manusia.
       Punca toksid :- berasal dari pencemaran air dan udara
                              - zat pewarna dalam makanan,
                              - perisa makanan
                              - pengawet
                              - penaik makanan
                              - sayuran yang disembur racun
                              - binatang ternakan yang dicucu vaksin
                              - gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok, menagih dadah dan mengamalkan ubat-
                                 ubatan kimia (sintetik) yang mengandungi dadah.

      Bekam sangat sesuai - membuang toksid, memperbaiki sistem imuniti seseorang dan menyembuhkan penyakit.. Insya Allah.
   

Selasa, 9 Februari 2010

Salam Perkenalan

"Assalamualaikum.. Salam Sejahtera....


Hidup ini ibarat roda .. sekejap di atas dan sekejap di bawah.. cuma ilmu dan keazaman yang tinggi untuk berubah menentukan sejauh mana ketabahan kita menghadapi setiap situasi yang dilalui..


Andainya anda berada di atas, sudah pasti bibir akan tersenyum lebar dan menampakkan rusuk pipi yang cantik.. Tetapi andainya anda berada di bawah, adakah keadaan wajah anda tetap sama?..


Nur Masa Marketing menyediakan pelbagai pilihan produk kesihatan yang mana pembuatan dan pemprosesannya adalah berlandaskan syariah."